QIRAAT SYAZZAH
MAKSUD SYAZZ
-SYAZZ DARI SUDUT BAHASA MEMBAWA MAKSUD BERSENDIRIAN .
-QIRAAT SYAZZ DARI SEGI ISTILAH IAITU QIRAAT YANG TELAH GUGUR SALAH SATU ATAU KESEMUA RUKUN QIRAAT MUTAWATTIR .
RUKUN MUTAWATTIR
1) MENEPATI BAHASA ARAB SEKALIPUN DARI SATU SUDUT
2) BERTEPATAN DENGAN SALAH SATU DARI MASHAF UTHMANI
3) SANAD QIRAAT TERSEBUT SAHIH
JENIS-JENIS QIRAAT SYAZZ
1) AL- AHAD
IAITU QIRAAT YANG SANADNYA SAHIH TETAPI TIDAK SAMPAI MUTAWATTIR DAN MENYALAHI RESAM UTHMANI ATAU KAEDAH BAHASA ARAB .
2) AL-SYAZZ
KEHILANGAN SATU DARI TIGA RUKUN MUTAWATTIR .
3) AL-MUDRAJ
MEMPUNYAI PENAMBAHAN DARI SEGI TAFSIRAN .
4) AL-MAUDU'
QIRAAT YANG DINISBAHKAN KEPADA ORANG YANG MENGAJARKAN TANPA MMPUNYAI PENGETAHUAN ASAL-USUL QIRAAT SAMA SEKALI .
5) AL-MASYHUR
SAH DARI SEGI SANAD TETAPI TIDAK MENCAPAI TAHAP MUTAWATTIR SERTA SESUAI DENGAN KAEDAH BAHASA ARAB DAN RESAM UTHMANI.
HUKUM QIRAAT SYAZZAH
PERTAMA
Mengikut Mazhab Imam Maliki Bin Anas
Mazhab Maliki berpendapat bahawa tidak boleh berhujah dengan qiraat yang syaz secara mutlak. Ini kerana, orang yang menukilkan qiraat syazzah ini mengatakan bahawa ianya daripada Al-Quran. Jika ianya tidak sabit sebagai Al-Quran demikian juga ia tidak sabit untuk dijadikan khabar. Oleh yang demikian itu maka tidak boleh berhujah dengannya.
KEDUA
Mengikut Mazhab Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafie
Imam Saifuddin Al-Amidi telah menisbahkan kepada Imam Syafie bahawasanya beliau mengatakan qiraat syazzah ini bukanlah hujah.
Kata Al-Imam Abu Zakaria Yahya Al-Nawawi Rahimahullah : Mazhab kami (Syafi'iyyah) mengatakan bahawa qiraat syazzah itu tidak boleh berhujah dengannya serta ada baginya (qiraat syazzah ) hukum khabar dari Rasulullah S.A.W .
Diantara pendapat dalam mazhab Al-Syafie adalah : tidak boleh berhujah dengan qiraat syazzah apabila ia bersendirian dalam sabitkan hukum yang baharu. Adapun sekiranya ia merupakan qiraat bayaniah (dalam bentuk memberi penjelasan),sahih sanadnya, serta tidak bercanggah dengan khabar ataupun kias maka boleh untuk berhujah dengannya.
HUKUM BERAMAL DENGAN QIRAAT SYAZZAH
Apakah hukum mempelajari qiraat syazzah ?
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa membaca qiraat syazzah adalah haram manakala mempelajari dan mengajar qiraat tersebut sebagai teori, bukan untuk dijadikan amali adalah dibolehkan kerana ianya memainkan peranan penting di dalam ilmu tafsir begitu juga mengumpul qiraat tersebut di dalam kitab-kitab ilmiah.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa membaca qiraat syazzah adalah haram manakala mempelajari dan mengajar qiraat tersebut sebagai teori, bukan untuk dijadikan amali adalah dibolehkan kerana ianya memainkan peranan penting di dalam ilmu tafsir begitu juga mengumpul qiraat tersebut di dalam kitab-kitab ilmiah.
- Terdapat beberapa isu qiraat syaz yang berkait dengan hukum fiqh. Terdapat juga empat mazhab fiqh yang muktabar dan mempunyai pandangan yang berbeza terhadap penggunaan qiraat syaz untuk berhujah dan menjadi dalil hukum.
- Manakala hukum beribadah menggunakan qiraat syaz pula terbahagi kepada dua iaitu di dalam solat dan juga di luar solat.
- Para ulama’ berbeza pendapat dan terbahagi kepada 3 mazhab sekiranya qiraat syaz dibaca di dalam solat iaitu :
Mazhab 1
Harus membaca al-Quran menggunakan qiraat syaz di dalam solat. Ini adalah pendapat sebahagian ulama’, salah satu pendapat dari ashab Syafie dan imam Abu Hanifah dan salah satu riwayat daripada imam Malik dan imam Ahmad. Mazhab ini berhujah dengan menyatakan bahawa para sahabat dan tabi’in telah membaca dengan menggunakan qiraat syaz di dalam solat mereka pada zaman nabi dan selepasnya.
Sebagaimana yang kita ketahui, para sahabat sebelum pengumpulan al-Quran zaman Saidina Uthman, mereka membaca menggunakan qiraat yang tidak terdapat di dalam mushaf dan solat dengan menggunakan bacaan tersebut. Walaubagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengharamkan perbuatan tersebut ataupun menganggap solat mereka tidak sah.
Mazhab 2
Tidak harus membaca menggunakan qiraat syaz di dalam solat. Ini adalah pendapat majoriti ulama’. Mazhab ini berhujah dengan menyatakan bahawa qiraat syaz tidak mencapai tahap mutawatir daripada Rasulullah s.a.w. Sekiranya qiraat syaz ini sahih sanadnya, berkemungkinan ianya telah dimansuhkan pada pertemuan terakhir Baginda bersama Jibril a.s., ataupun dimansuhkan oleh ijmak sahabat kerana tidak menepati rasm uthmani, ataupun ianya tidak termasuk dalam ahruf as-sab’ah.
Imam Nawawi pernah menyebut di dalam kitabnya al-Majmu’: “Tidak dibolehkan membaca al-Quran di dalam solat atau selain daripadanya dengan mengunakan qiraat yang syaz kerana ia bukan daripada al-Quran. Ini kerana, al-Quran tidak disabitkan melainkan dengan riwayat mutawatir”.
Mazhab 3
Mazhab ini berada pada pertengahan. Ini adalah pendapat sebahagian ulama’. Sekiranya qiraat syaz dibaca dalam bacaan wajib iaitu surah al-Fatihah yang merupakan rukun solat, maka tidak sah solat mereka. Ini berikutan kerana tidak diyakini mereka telah melaksanakan rukun solat dengan menggunakan qiraat yang sabit daripada Rasulullah s.a.w.
Manakala sekiranya qiraat syaz dibaca dalam bacaan yang tidak wajib seperti surah selepas bacaan al-Fatihah, maka solat mereka tidak batal. Ini berikutan kerana tidak diyakini mereka telah melakukan perkara yang membatalkan solat disebabkan berkemungkinan qiraat syaz itu adalah sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang pernah diturunkan.
PERAWI QIRAAT SYAZZAH
-yang masyhur
- Al-Yazidi.
- Al-Hasan.
- Al-A’masy.
- Ibn.Muhaisin
-yang kurang masyhur
1) ABDULLAH BIN MASUD
2) MASRU'K BIN AL-AJDA' BIN MALIK
3) ABDULLAH BIN AZ-ZABIR BIN AL-AWAM
4) NASIR BIN ASIM AL-LAILI
5) MUJAHID BIN JABBAR
6) ABAN BIN OTHMAN BIN AFFAN
7) ABU MUSA AL-ASARI
8) AD-DOHAK BIN MAZAHAM
9) MUHAMMAD BIN SIRINN
10) QATADAH BIN DA A'MAH
11) AYAN BIN TAGHLIB BIN AR-ROBI'IE
12) IBROHIM BIN ABI ABLAH
13) SUFIAN BIN SA'IED BIN MASRUQ AS-SURI
CONTOH CONTOH QIRAAT SYAZZAH
1- Di dalam surah al-Baqarah, Allah S.W.T berfirman:
وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ
Maksudnya: Dan apa yang telah diturunkan ke atas dua malaikat iaitu Harut dan Marut di Babil (Babylon).
Surah al-Baqarah (102)
-Qiraat di atas dibaca oleh al-Dahhak bin Muzahim dengan kalimah وما أنزل على الملِكين dengan huruf (lam) yang berbaris bawah yang membawa erti dua raja iaitu Nabi Daud A.S dan juga Nabi Sulaiman A.S.
- Bacaan di atas dianggap syaz kerana ianya tidak mutawatir.
2- Saidina Abu Musa al-Asy’ari membaca firman Allah:
وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
Maksudnya: Janganlah kalian lupakan kelebihan yang Allah kurniakan di antara kalian.
Surah al-Baqarah (237)
-Saidina Abu Musa al-Asy'ari membacanya dengan ولا تناسوا dan bacaan ini dianggap syaz - kerana tidak mutawatir dan tidak menepati rasm uthmani.
3- Firman Allah S.W.T:
مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا
Maksudnya: Apa yang Kami nasakhkan daripada ayat ataupun Kami lupakannya.
Surah al-Baqarah (106)
-Imam Abu Aswad al-Du’ali membacakan ayat ini dengan kalimah أو تنسها yang merujuk kepada dhomir (kata ganti diri) kamu yang merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.
- Qiraat ini juga tidak mutawatir yang menjadikan ia sebagai qiraat syazzah.
RUJUKAN
1) MURSYID AL-IZZAH FI BAYAN (D. ABDUL KARIM IBRAHIM SOLLEH)
2) AL-QIRAAT AHKAMUHA WA MASDARUHA (D. SYA'BAN ISMAIL)